PERATURAN PERMAINAN


  1. Pemain-pemain perlu berada di kedudukan yang telah ditetapkan.
  2. Pemainan akan dimulakan setelah semua pemain bersedia.
  3. Tukang jadi tidak boleh bergerak, kecuali memusingkan badannya untuk melihat pergerakan pemain selepas dia menyebut huruf "U".
  4. Semua permainan perlu bergerak selangkah ke hadapan (ke arah Tukang Jadi) sewaktu Tukang Jadi menyebut A.E.I.O.U.
  5. Jika Tukang Jadi berjaya mengesan pergerakan pemain dan menyebut nama pemain tersebut, pemain itu perlu berdiri di sebelah kanan Tukang Jadi.
  6. Apabila salah seorang pemain menyentuh belakang Tukang Jadi, semua pemain perlu berlari ke arah garisan B (termasuk pemain-pemain yang berdiri di sebaelah kana Tukang Jadi) untuk menyelamatkan diri daripada disentuh oleh Tukang Jadi.
  7. Pemain yang berjaya disentuh oleh Tukang Jadi akan bertukar peranan menggantikan Tukang Jadi.
  8. Permainan diteruskan mengikut cara dan peraturan yang sama.
  9. Permainan boleh ditamatkan apabila semua pemain bersetuju untuk berhenti bermain.

No comments:

Post a Comment