LANGKAH-LANGKAH

  1. Undian dilakukan untuk menentukan pemain yang akan berperanan sebagai Tukang Jadi.
  2. Setelah semua pemain berada di kedudukan masing-masing, Tukang Jadi akan menyebut A.E.I.O.U.

  3. Pemain akan bergerak selangkah ke hadapan semasa Tukang Jadi meyebut A.E.I.O.U.
  4. Tukang Jadi menyebut A.E.I.O.U. dengan pantas sambil melihat ke belakang selepas menyebut huruf 'U'.

  5. Sekiranya Tukang Jadi dapat mengesan pemain yang masih bergerak ketika itu, Tukang Jadi akan menyebut nama pemain tersebut.
  6. Pemain yang disebut namanya oleh tukang jadi perly bergerak ke hadapan dan berdiri di sebelah kanan Tukang Jadi.





  7.  Sewaktu pemain bergerak ke arah Tukang Jadi, kemungkinan pergerakan bebrapa orang pemain dapat dikesan oleh Tukang Jadi.
  8. Apabila jarak pemain semakin menghampiri Tukang Jadi, salah seorang pemain perlu bergerak dan menyentuh Tukang Jadi.


  9. Tukang Jadi yang telah disentuh oleh pemain tersebut akan mengejar pemain-pemain untuk menyentuh salah seorang pemain.

  10. Pemain yang berjaya disentuh, akan bertukar perannannya sebagai Tukang Jadi.

  11. Permainan boleh diteruskan mengikut cara yang sama.

No comments:

Post a Comment